Aktiviti Menarik Di Gili Trawangan, Lombok

Klik Sini : Lagi Tempat Menarik Di Lombok




🐬Gili Trawangan merupakan salah satu gili atau pulau yang berada dalam kawasan 3 gili indah di Lombok. Dan merupakan gili yang paling besar antara 3 gili tersebut. Gili yang lain adalah Gili Meno dan Gili Air.
🐬Tika berada dalam pesawat di saat hendak mendarat, di sebelah kiri, anda akan dapat melihat ketiga-tiga pulau tersebut. Saat ini amat sesuai ambil gambar. Sangat cantik pemandangannya dari udara.
🐬Apa yang menariknya di Gili Trawangan ni, di sini saya kongsikan aktiviti yang boleh dilakukan semasa berada di sana.

🐬1- Mandi-Manda dan Berenang.
🐬Sudah semestinya. Nilah aktiviti wajib kalau pergi ke pulau. Mandi pantai amat seronok. Lebih-lebih lagi kalau pergi bersama kawan-kawan satu kepala dan keluarga. Sememangnya berbaloi mandi dan berenang dalam air yang jernih dan bersih. Di tepi pantai yang berpasir putih, warna airnya biru keputihan kemudian menjadi biru muda dan semakin jauh dan dalam airnya, warnanya menjadi biru tua. Tapi berhati-hati, jangan sampai melintasi penanda air dalam yang terpacak atas permukaan air laut.
🐬2- Water Sport.
🐬Di mana-mana pulau mesti ada aktiviti ni, permainan sukan air atau water sport. Di sepanjang pantai Gili Trawangan, banyak agent yang menawarkan pakej water sport. Termasuk jugak hotel. Antara aktiviti water sport yang popular adalah, Banana Boat, Kayak, Jet Ski, Mancing, Water Skiing, Paddle Board, Surfing dan banyak lagi. Pilih saja yang main apa dengan bayaran yang berbaloi. Mesti teruja habis.

🐬3- Snorkelling.
🐬Sememangnya best kalau dapat snorkelling di Gili Trawangan. Tapi, lagi best kalau dapat snorkelling di Gili Air dan Gili Meno juga. Caranya dengan membuat island hopping. Tempah satu bot, kemudian akan dibawa ke tempat snorkelling yang best-best di tiga pulau tersebut.

🐬4- Diving.
🐬Kalau nak menyelam tapi tak pandai, jangan risau, anda akan diajar oleh jurulatih profesional di Discovery Scuba Diving mengikut pakej. Pakej yang ditawarkan untuk latihan pertama kali adalah selama 2 jam. Iaitu latihan teori dan praktikal menggunakan peralatan diving. Sebelum diving di laut, anda akan membuat latihan diving di kolam yang disediakan.

🐬5- Berbasikal Mengelilingi Kawasan Gili Trawangan.
🐬Sedia maklum, di Gili Trawangan tiada kenderaaan bermotor seperti kereta dan motorsikal. Kalau ada pun tidak banyak. Jadi, cara terbaik melihat kawasan Gili Trawangan adalah dengan berbasikal. Basikal ni boleh disewa. Memang khas untuk pelancong. Atau di sana dipangil sepeda.

🐬6- Naik Kereta Kuda.
🐬Kereta kuda juga aktiviti yang best jika hendak melihat kawasan Gili Trawangan. Di sana mereka memanggilnya cidomo iaitu andong yang ditarik oleh kuda dan dikenderai oleh pemandu yang dipangil kusir.

🐬7- Jalan Santai Di Tepi Pantai.
🐬Waktu pagi atau sunrise dan waktu petang atau sunset amatlah sesuai untuk jalan-jalan tepi pantai. Atau relak-relak dengan orang tersayang sambil melihat keindahan matahari tengelam atau muncul.

🐬8- Berfotografi.
🐬Kalau sudah datang ketampat cantik begini, sudah semestinya hendak bergambar. Di Gili Trawangan ada menyediakan spot-spot cantik untuk bergambar. Yang paling popular adalah buaian di atas permukaan air pantai, menghadap pemandangan indah tika sunset atau sunrise. Bayangkan, sungguh indah memori ini.

🐬9- Berkuda.
🐬Ada 2 tempat yang menawarkan aktiviti untuk berkuda di Gili Trawangan iaitu Sunset Stables dan Stud Stables. Macam dalam filem pula bila dapat berkuda di tepi pantai sambil sambil ditemani deruan ombak dan angin sepoi-sepoi.

🐬10- Menikmati Enakannya Kulinari Lombok.
🐬Bagi yang tidak suka jalan-jalan atau aktiviti seperti di atas, boleh lepak tepi pantai sambil menikmati pelbagai menu masakan Lombok yang sedap-sedap belaka. Banyak restoran dan kedai makan di pesisir pantai Gili Trawangan.

🐬Berminat nak pergi Lombok?
🐬Uu    Untuk dapatkan tawaran harga yang best2 mengikut citarasa anda, mengikut destinasi anda. Cakap saja nak pergi mana, kami akan uruskan yang terbaik untuk anda. Sila hubungi travel agent kami :

Khairul Naim
HP : 017-6705129
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel & Tours
IG : Mari Xplor





Comments

Popular Posts