13 Tempat Wajib Singgah Di Sandakan
Tekan Sini : Lagi Tempat Menarik Di Sabah
1. SANTUARI ORANG UTAN SEPILOK.
Tempat ni lebih dikenali juga dengan nama Wild Red Apes. Penempatan ini sebenarnya merupakan hutan simpanan dan habitat asli orang utan. Juga tempat untuk melatih dan mengajar anak orang utan sebelum di lepaskan di hutan kelak.Di sini juga anda berpeluang bermain dan bermanja dengan orang utan. Memberi mereka makan dan susu terutamanya kepada anak-anak orang utan.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2 (Bawah 17 tahun)
Ada dua gua di kawasan Gamantong ini, iaitu Simud Hitam yang mempunyai ketinggian 90 meter. Dan Simud Putih yang merupakan tempat sarang burung layang-layang terbanyak dan berkualiti tinggi.
Dalam gua ni banyak kelawar yang spesis macam drakula. Kawasan luar gua pula boleh tengok binatang liar seperti helang dan kalau bernasib baik boleh tengok orang utan.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM5
Kanak-kanak :
RM2 (Bawah 17 tahun)
3. BORNEAN SUN BEAR CONSERVATION CENTRE.
Sun Bear merupakan spesis beruang yang paling kecil dan cekap memanjat pokok. Beruang matahari ini juga popular di kalangan orang Malaysia dan Indonesia sebagai beruang madu.
Tempat ini amat sesuai untuk mengenali lebih dekat habitat beruang matahari. Dan melihat aksi lucu mereka terutamanya ketika mengopek buah kelapa untuk dimakan.
Terdapat lebih 30 beruang matahari di sini. Dan mereka sangat sensetif dengan bunyi bising. Kalau nak tengok mereka dengan lebih dekat, jangan buat bising
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM2 (Bawah 17 tahun)
4. LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY.
Proboscis Monkey atau popular dengan nama monyet belanda merupakan spesis monyet yang unik dan mempunyai hidung besar. Amat lucu dan menggelikan hati melihat wajah mereka dan kenakalan mereka.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM15
Kanak-kanak :
RM2 (Bawah 17 tahun)
5. SANDAKAN RAINFOREST DISCOVERY CENTRE.
Terletak di Hutam Simpan Sipilok-Kabili. Di sini anda boleh merasai sendiri hutan hujan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Jauh dari beza dengan udara di bandar. Pemandangannya sangat menghijau dan boleh diilihat melalui canopy walk. Selain itu, anda boleh melihat pelbagai jenis unggas dan spesis burung yang unik dan cantik-cantik belaka. Mendengar bunyi-bunyi suara burung yang amat mempesona. Di sini amat sesuai untuk bergambar.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM7
Kanak-Kanak : RM3 (Bawah 17 tahun)
6. PULAU LANKAYAN
Pulau ini merupakan pulau kecil jika hendak dibandingkan dengan pulau-pulau lain di Sabah. Pulau ini terkenal sebagai tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Dan dikelilingi air laut biru-hijau. Juga tempat yang paling seronok untuk berenang.
Pada 2003, Pulau Lankayan telah diisytiharkan berada dalam kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud. Ini bermakna penangkapan ikan di pulau ini adalah dilarang.
Antara bulan March dan Mei, jika bernasib baik, boleh meilat kelibat whale sharks.
7. TAMAN NASIONAL PULAU PENYU.
Pulau-pulau penyu ini terdiri dari 3 buah pulau iaitu Pulau Gulisan, Pulau Selingan dan Pulau Bakkungan Kecil. Di sepanjang Laut Sulu. Di mana, pulau-pulau ini terkenal sebagai tempat pendaratan penyu bertelur. Di waktu malam selepas jam 8 dan ketika air surut.
Dua jenis penyu yang mendarat di sini, iaitu spesis Penyu Hijau dan Hawksbill Turtle.
Antara tiga pulau tersebut, Pulau Selingan paling banyak penyu singah untuk bertelur.
Nak tengok penyu bertelur, sebaiknya pada bulan Julai-Oktober bagi spesis Penyu Hijau dan Februari-April bagi spesis Hawksbills Turtle. Namun adakalanya penyu-penyu ini bertelur setiap tahun.
8. RUMAH AGNES NEWTON KEITH.
Sebuah muzium yang terletak di puncak bukit di sepanjang Jalan Istana. Dibina pada tahun 1946.
Rumah ini dahulunya dihuni oleh Harry Keith, isterinya Agnes Newton Keith dan anaknya george.
Agnes Newton Keith adalah seorang penulis dan telah menghasilkan tiga buah buku yang menceritakan keadaan dan kehidupan masyarakat Sandakan.Buku-buku yang ditulis beliau telah mengangkat nama Sabah ke persada antarabangsa .
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa dan kanak-kanak ; RM2
9. KAMPUNG AIR BULI SIM SIM.
Kalau nak tengok kampung di atas air, eloklah berkunjung ke kawasan Utara Sandakan. Di kawasan ada banyak restoran makanan laut dan kedai kedai yang menjual barangan produk hasil laut dengan harga yang amat murah sekali. Berbaloi membeli-belah di sini nanti.
10. GEREJA ST MICHAEL AND ALL ANGELS.
Dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang dunia ke-2 yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa dan kanak-kanak : RM5
11. PUU JIH SHIH BUDDIST TEMPLE.
Terletak di atas bukit menjadikannya tempat yang sesuai melihat pemandangan Kota Sandaksn dan Laut Sulu yang sangat mempesona.
12. SANDAKAN WAR MEMORIAL PARK.
Dibina bagi memperingati askar British dan Australia yang terkorban ketika perang dunia kedua. Dianggarkan 2400 tentera yang terkorban.
13. TAMAN BUAYA SANDAKAN.
Di sini terdapat hampir 3000 ekor buaya dan merupalan taman buaya terbesar di Malaysia.
Taman ini jugak menyediakan pertunjukkan buaya dan ular.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3 (bawah 12 tahun
Nak jalan-jalan di Sandakan,
Hubungi Travel Agent, Khairul Naim untuk dapatkan harga terbaik mengikut bajet anda ;
No Hp : 017-6705129 (wasap/call)
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel & Tours
IG : Mari Xplor
Sandakan memang best
ReplyDelete