Aktiviti Menarik Di Delta Mekong, Ho Chi Minh, Vietnam
Tekan Sini :Lagi Tempat Menarik Di Vietnam
🦐Delta Mekong atau lebih dikenali dengan nama “Sungai Delta Sembilan Naga” adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia.
🦐Keluasan Delta Mekong merangkumi negara China, Myanmar, Thailand, Loas, Kemboja dan Vietnam. Di Vietnam, Delta Mekong berada di bahagian Barat Daya.
🦐Kalau yang minat Geografi pasti pernah dengar nama Delta Mekong atau Sungai Mekong. Kerana ada dalam sukatan pelajaran. Dulu memang tidak pernah terfikir hendak pergi ke Delta Mekong, kini sesiapa pun boleh pergi. Banyak travel agent yang menyediakan pakej ke Vietnam.
🦐Sebelum nak pergi ke Delta Mekong, elok juga kalau kita tahu aktiviti yang menarik di sana. Di sini saya senaraikannya;
1- MENYUSURI DELTA MEKONG.
🦐Dari bandar Ho Chi Minh, bertolak ke Pelabuhan My Tho. Perjalanannya mengambil masa selama 2 jam. Di sana ada banyak bot yang sedang menunggu. Terus terang kata, ramai pelancong berbaris. Jadi, kalau nak senang pergilah bersama travel agent, tak perlu risau nak tempah bot macam mana? Travel agent akan urus semuanya.
🦐Masa naik bot wajib pakai liife jacket, keselamatan penting walaupun Delta Mekong nampak tenang. Tapi tak tahulah ada buaya atau tak. Kadang tu rasa ngeri jugak tengok airnya yang keruh macam teh tarik.
🦐Semasa menyusuri Delta Mekong, masa nilah dapat menikmati pemandangan pulau-pulau kecil yang ada di sepanjang sungai. Pemandangannya sungguh mempesona. Ditambah lagi dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Jika pergi masa musim padi belum dituai.
2- PULAU UNIQORN & LADANG LEBAH.
🦐Lebih kurang 15 minit sampailah ke Pulau Uniqorn, antara pulau yang besarlah di Delta Mekong. Aktiviti di pulau ni adalah melihat Ladang Lebah. Di pulau ini, penduduknya memang memilihara lebah untuk mendapatkan madu sebagai pendapatan utama.
Setibanya di pulau ni, anda diberi peluang untuk merasai teh madu yang dicampur dengan perahan limau kasturi. Kalau nak beli madu Vietnam ada dijual. Belilah banyak-byak untuk suami tercinta.
3- KILANG PROSES GULA-GULA KELAPA.
🦐Selepas itu, akan jalan-jalan lagi di kawasan pulau dan melihat bagaimana orang di sana buat gula-gula kelapa. Dari sebiji kelapa sehingga ke proses akhir menjadi gula-gula yang siap untuk dijual. Di kawasan ini juga ada banyak deretan kedai yang menjual, baju t-shirt, barang kraftangan, beg dan pelbagai lagi cenderamata untuk dibawa pulang kat orang-orang tersayang.
4- MELIHAT PERSEMBAHAN NYANYIAN DAN MUZIK TRADISIONAL VIETNAM.
🦐Penat jalan-jalan, anda akan dibawa ke sebuah pondok untuk melihat persembahan muzik dan nyanyian tradisional Vietnam sambil menikmati 5 jenis buah tempatan yang segar dan manis. Buahan yang sangat popular di Vietnam.
5- MENDAYUNG SAMPAN
🦐Lepas dengar nyanyi-nyanyi, anda akan dibawa pula jalan-jalan mengunakan sampan menyusuri sungai-sungai di Delta Mekong. Uniknya aktiviti ini sebab pendayung sampannya adalah wanita. Pendayung lelaki pun ada juga. Setiap sampan ada 2 pendayung dan boleh memuatkan 4 orang penumpang. Sepanjang sungai ni ada banyak sampan yang sedang bersiap sedia menanti pelancong.
6- MAKAN TENGAH HARI DI PULAU
🦐Aktivit menyusuri sungai ni berakhir di tempat bot menunggu. Sebelum naik bot untuk pulang ke jeti, anda dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran halal di pulau itu. Sebab itulah pentingnya ikut travel agent, makanan terjaga, sudah semestinya dijamin halal.
7- MINUM AIR KELAPA SEGAR.
🦐Semasa naik bot, setiap seorang akan diberi sebji kelapa. Rasalah sedapnya minum air kelapa sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Delta Mekong.
🦐Mari Xplor Travel & Tour ada menyediakan pakej ke Veitnam.
Pakej yang disediakan mengiikut bajet dan selera anda. Bagi tahu saja nak pergi bila, berapa orang, bajet berapa dan berapa hari. Kami akan uruskan semuanya.
Hubungi travel agent berikut untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :
Khairul Naim
HP : 017-6705129 (wasap/call)
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel & Tours
IG : Mari Xplor
Comments
Post a Comment