Tempat Best Shopping Di Bandung
TEKAN SINI : Lagi Tempat Menarik Di Bandung
Kota Bandung sememangnya terkenal sebagai syurga membeli-belah sehinga digelar Paris Van Java. Kerana kepelbagaian fesyen yang berjenama dan berkualiti tinggi dijual dengan harga murah, sekaligus menjamu selera kaki shopping.
Banyak Factory Outlet yang akan memanjakan anda dengan hidangan pakaian yang berkualiti pada harga murah. Namun begitu, elok kalau kita tahu dulu tempat-tempat yang menjual barang berkualiti dengan harga murah. Berikut disenaraikan tempat wajib singah bagi yang kaki shopping di Bandung.
Di sini banyak menawarkan jeans atau pakaian kulit. Jalan satu arah ini sememangnya terkenal dan dicari-cari buat pengemar jeans dan pakaian kulit yang berkualiti tinggi. Di sini anda boleh tawar-menawar harganya sehingga masing-masing berpuas hati. Kalau tidak puas hati jangan beli sehingga penjual setuju dengan harga yang anda nak. Pendek kata kena pintar tawar-menawar.
CIHAMPELAS
Di sebelah tempat ini ada sebuah mall iaitu Ciwalk (Cihampelas Walk). Tempat membeli-belah yang lebih selesa dan berhawa dingin.
Sememangnya tempat ni ramai dikunjungi pelancong dari luar. Kalau datang ke sini mungkin boleh bertembung dengan jiran-jiran sekampung. Boleh dikatakan tempat ni wajib disingah oleh mana-mana pelancong. Lagipun di sini seronok dan asyik jalan-jalan kerana dekorasi tempatnya yang unik dan menarik bagi menjamu mata.
JALAN DAGO
Selain terkenal sebagai tempat kulinari, di sini juga ada Factory Outlet yang menjual barang berkualiti pada harga yang murah. Banyak kedai dan butik pakaian berjenama muncul di sini sekaligus menjadikannya tempat yang sangat popular.
JALAN RIAU
Di sepanjang jalan ini juga banyak factory outlet yang menjual barang murah dan berkualiti. Di jamin puas shopping di sini. Tapi, harganya tidak boleh tawar-menawar. Jalan Riau ni bersambung dengan Jalan Dago, Jalan Sulanjana dan Jalan Agung. Menjadikan jalan ini meriah dengan pelbagai factory outlet berjenama.
PASAR CIBADUYUT
Pasar ini sudah puluhan tahun terkenal sebagai pusat menjual produk tempatan. Terutamanya produk yang dihasilkan sendiri oleh penduduk Bandung. Di sini ada pelbagai jenis beg, kasut, dompet dan pakaian kulit yang sudah semestinya murah.
PASAR BARU
Tiada siapa yang tidak kenal dengan tempat ni. Pasar baru adalah tempat wajib singgah kalau pergi ke Bandung. Sudah semestinya ada pelbagai jenis kain, baju, pakaian, kasut, jeans, pendek kata semua ada di sini. Nak tempah baju batik pun boleh di sini. Siap dalam satu malam dan dihantar terus ke tempat penginapan. Di sini harga boleh tawar-menawar.
ITC KEBUN KELAPA
Tempat ni sama dengan Pasar Baru. Bersebelahan juga dengan Pasar Baru. Tetapi di sini ramai pembeli yang membeli secara borong dan menjual di luar Bandung seperti Jakarta. Pemborong pakaian dari Malaysia juga membeli di sini kerana harganya sangat berbaloi murah.
GANG TANIM
Kedai ni namanya Gang Tanim semepana nama pemilik kedai. Kedai ni popular dengan menjual kain meter yang murah dan berkualiti. Ada pelbagai jenis kain dan jeans di sini. Bagi fesyen designer, eloklah singah di sini. Berbaloi shopping kain meter di sini.
PASAR INDUK GEDEBAGE
Tempat ni adalah pasar tradisional terbesar di Bandung Timur. Barang yang dijual di sini kebanyakkannya sama macam pasar tani lah. Boleh datang sini untuk jalan-jalan dan melihat kemeriahan pasar yang sentiasa sibuk dan padat.
PASAR KOTA KEMBANG
Kalau datang ke sini, dompet anda harus dijaga elok-elok. Bukan kerana di sini ada banyak penyeluk saku tapi ada banyak kedai kasut yang menjual pelbagai jenis jenama dengan harga yang murah giler-giler. Sangat berbaloi beli kasut di sini.
GASIBU
Gasibu ni semacam pasar minggu atau pasar tanilah kalau di tempat kita. Pasar ni dibuka sekali seminggu pada hari Ahad berdekatan Gedung Sate. Seronok jalan-jalan di sini sambil membeli-belah.
Mari Xplor Travel & Tours menyediakan pakej melancong ke Bandung. Pakej yang kami tawarkan mengikut bajet anda, selera anda. Bagitahu saja nak pergi bila, nak pergi berapa orang, nak pergi jalan-jalan kat mana, nak pergi berapa hari, bagitahu saja, semuanya akan diuruskan. Janji anda puas hati dan berbaloi belanja.
Sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi travel agent kami :
Khairul Naim
HP : 017-6705129 (wasap/call)
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel & Tours
IG : Mari Xplor
Comments
Post a Comment