Tempat Paling Menarik Di Bandung, Dusun Bambu
TEKAN SINI : LAGI TEMPAT PALING MENARIK DI BANDUNG
Dusun
Bambu
adalah tempat percutian terbaru di Lembang, Kota Bandung, Jawa Barat. Dan terletak di kaki Gunung Burangrang. Tempat
ini dibina bertujuan untuk mempromosikan indastri pelancongan Indonesia selain memperkenalkan
kepada dunia keupyaan Indonesia sebagai negara pengeluar buluh kedua terbesar
dunia selepas China.
Dusun Bambu dibina bercirikan
budaya masyarakat Sunda. Umum mengetahui, penduduk tempatan Bandung adalah
orang Sunda. Dekorasinya memang unik dan menarik, takkan jumpa di tempat lain. Sememangnya
dibina bagi menampakkan ciri-ciri Indonesia walau ada campuran dari Barat. Setelah
diberi nafas baru, menjadikan Dusun Bambu tempat yang tenang, nyaman dan segar.
Amat sesuai untuk percutian keluarga dan tempat berehat bersama orang
tersayang.
Ada 3 keunggulan yang
menjadikan Dusun Bambu destinasi yang wajib singgah jika pergi ke Bandung.
Berikut disenaraikan ;
1-
Restoran.
Tersedia
beberapa pilihan restoran yang unik seperti Lutung Kasarung, Burangrang Cafe
dan Purbasari Resto.
- Lutung Kasarung
(Makan dalam sangkar) adalah tempat makan menyerupai sangkar burung raksasa.
Berbentuk bulat dan ada meja, kerusi sebagai tempat makan dan berehat. Dideko
menggunakan untaian akar pokok. Nak guna kenalah tempah dan beritahu kepada
penjaganya. Harga sewanya berbeza-beza mengikut saiz dan jumlah orang. Anda
boleh pilih nak yang mana kerana ada banyak pilihan dengan view yang berbeza.
Harga sewanya tidak termasuk dengan menu makan.
- Burangrang Cafe
(Dapur Indonesia) yang beroperasi sepanjang 24 jam mendatangkan situasi
gemerlapan lampu Kota Bandung di saat malam. Dan menikmati panorama
gunung-gunung yang melingkari Dusun Bambu. Selimut disediakan buat pengunjung
yang menanti pesanan tiba kerana cuacanya sangat sejuk.
- Purbasari Resto
(Makan di tepi danau) tempat makannya seperti rumah pondok yang terletakk di
tepi danau. Menu yang dihidangkan di sini adalah citrasa Sunda. Kena sewa rumah
ponduk dulu kemudian pilihlah menu-menu yang disukai. Selain itu, di sini juga
ada menyediakan perahu jika nak bersampan di danau. ada pilihan lain selain
perahu iaitu perahu donat dan water roller.
2-
Villa.
- Kampung Layung
adalah vila-vila yang dibina dalam Dusun Bambu bagi mereka yang hendak
bermalam. Setiap vila diberi nama tokoh ternama masyarakat Sunda seperti
Sangkuriang, Kabayan, Nyi Iteung dan sebagainya. Vila ini dibina mengunakan
kayu dan buluh. Atapnya pula oleh daun nipah. Ada 2 jenis villa, iaitu vila
dengan satu katil (untuk 2 orang) dan vila dengan 2 katil (untuk 4 orang).
Penghuni yang tinggal di vila akan menikmati perkhidmatan berikut; seorang
pelayan/butler, ada wifi internet, TV satelite, bilik air yang lengkap,
kelengkapan untuk bbq, dan dapur untuk memasak.
- Sayang Heulang
adalah tempat penginapan di Dusun Bambu dan popular dengan nama Eagel Camp.
Mereka yang buat tempahan saja tau boleh masuk tempat ni. Penginapan ni
berkonsepkan Glamping atau khemah. Glamping adalah singkatan pada glamour
camping yang tular di kalangan remaja bandar kini. Untungnya anda kalau
menginap di sini kerana tidak perlu susah-susah hendak bawa peralatan
perkhemahan. Kerana di sini semuanya cukup lengkap. Setiap khemah muat untuk 2
orang tetai sebenarnya boleh muat untuk 6 orang dewasa. Khemah ini terbahagi
kepada dua ruang, satu ruang untuk tidur dan satu lagi macam ruang tamu. Ruang
untuk lepak, dan solat atau bersalin pakaian. Kemudahan di sini semuanya
lengkap. Ada bilik untuk mandi dan tandas. Menu makan juga disediakan.
3-
Taman & Pasar.
-
Pasar Khatulistiwa tempat untuk beli produk pertanian. Ada jual
sayuran dan buahan segar. Selain itu ada juga cenderamata khas Sunda dan
barang-barang kraftangan yang dibuat oleh penduduk tempatan. Pasar ini sebelah
Cafe Burangrang.
-
Tegal Pangulinan, berada di sebelah Pasar Khatulistiwa. Merupakan
kawasan lapang untuk bersantai dan rehat bersama anak-anak dan keluarga.
Kawasan ini dilengkapi taman permainan unik bertemakan permainan tradisional.
- Bamboo Palyground tempat bermain khas
untuk anak-anak. Nak masuk dan main dalam ni ke bayar. Selain tempat bermain di
sini ada juga ladang arnab atau Rabbit Wonderland.
Tips
jika berkunjung ke Dusun Bambu.
1-
Jangan datang masa weekend, sesak dan
ramai orang. Datang masa weekdays, suasana tenang, mudah hendak jalan-jalan dan
menikmati.
2-
Kawasan Dusun Bambu sangat sejuk dan
dingin. Bawalah baju tebal kalau tak nak kena demam.
3-
Kalau nak bergambar aje, pergilah ke
Lutung Kasarung dan Purbasari Restro. Area sini sangat cantik untuk bergambar.
4-
Tiada ATM, bawalah duit secukupnya kalau
nak beli apa-apa kat sini.
5-
Nak masuk ke Dusun Bambu, anda akan
naik trem dari tempat jual tiket masuk. Kalau tak nak menunggu, boleh jalan
kaki selama 10 minit tapi penat sikit lah sebab jalannya berbukit.
6-
Harga masuk ke Dusun Bambu tidak
termasuk dengan harga yang lain. Jangan tersilap nanti malu.
Masa
& Hari beroperasi :
10.00
pagi – 10.00 malam
Jumaat
- Ahad
Harga
Tiket Masuk :
Dewasa
: Rp15.000 (RM4.5)
Parkir
: Rp10.000 (kereta)
Harga
Makanan : Bermula dari Rp55.000 (RM16.5)
Harga
Penginapan : Bermula dari Rp2.00.000 (RM600.)
Kalau
berminat hendak bercuti ke Dusun Bambu, Mari Xplor Travel & Tours ada
menyediakan pakej ke sana. Mengikut selera dan bajet anda.
Bagitahu
saje nak pergi berapa orang, bila, dan berapa hari, semuanya akan kami uruskan.
Untuk sebarang pertanyaan hubungi
travel agent kami :
Khairul Naim
HP : 017-6705129 (wasap/call/sms)
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel &
Tours
IG : Mari Xplor
Comments
Post a Comment