Tempat Wajib Singah Kalau Ke Kota Kinabalu
TEKAN SINI : LAGI TEMPAT MENARIK DI SABAH
WAJIB SINGAH KALAU KE KOTA KINABALU
1- BORNEO ANT HOUSE.
Taman semut Borneo merupakan salah satu tempat menarik di KK. Terletak di Daerah Tuaran. Tempat baru, dirasmikan pada 1 Jualai 2017. Berbentuk galeri, ada 3 bilik dengan 463 replika semut, warisan budaya dan koleksi pedang pejuang Sabah. Selain itu, ada juga taman tema dengan persekitaran alam semulajadi, rumah pokok moden, laluan pejalan kaki jambatan gantung.
Harga tiket masuk :
Dewasa : RM19
Kanak-kanak: RM9 (12 tahun ke bawah)
Dewasa : RM19
Kanak-kanak: RM9 (12 tahun ke bawah)
2- TAGAL TINOPIKON PARK.
Terletak di Kampung Notorus, Penampang. Tarikan utama di sini adalah ikan jenis Pelian yang jinak. Yang berada di sungai kampung ini."Tagal" bermaksud larangan di mana pelawat dan penduduk kampung tidak dibenarkan menangkap ikan di kampung ini. Semasa lawatan, pelawat akan disajikan dengan makanan tradisi. Selain itu, boleh bermandi-mandi sambil memberi ikan makan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan, jungle trekking, dan mencuba bagaimana menoreh getah.3- TAMAN LAUT TUNKU ABDUL RAHMAN.
Terletak 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu. Terdiri daripada sekumpulan lima pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Hendak ke pulau-pulau ni kena naik bot di Feri Jesselton Point.Harga sewa bot ke pulau :
1 Pulau
Dewasa : RM23
Kanak-Kanak : RM18
2 Pulau
Dewasa : RM33
Kanak-Kanak : RM28
3 Pulau
Dewasa : RM43
Kanak-Kanak : RM38
Tiket Masuk Pulau :
Dewasa : RM3
Kanak-Kanak : RM1
Yuran Terminal
Dewasa : RM7.20
Kanak-Kanak : RM3.60
Aktiviti : snorkelling, diving, swimming, water games
4- PANTAI TANJUNG ARU.
Pantai Tanjung Aru terletak dekat dengan puasat bandar Kota Kinabalu. Pantai ini paling popular di Kota Kinabalu. Pasirnya halus, kawasanya landai. Ada banyak kedai makan menghadap pantai. Syok betul makan sambil merasai dinginnya angin pantai. Paling best kalau datang di waktu petang. Dapat lihat pemandangan dan suasana matahari terbenam. Waktu inilah sesuai untuk bergambar5- TAMAN HIDUPAN LIAR LOKAWI.
Kawasan yang amat luas. Terdapat pelbagai spesis haiwan yang dilindungi seperti ular, burung, unggas, musang, dan rusa.
Harga tiket masuk :
Dewasa : RM10
Kanak-kanak: RM5
Dewasa : RM10
Kanak-kanak: RM5
6- MARI-MARI CULTURAL VILLAGE.
Jika ingin merasa keunikan cara hidup suku etnik di Sabah, iaitu Bajau, Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus. Jom ke Kampung Budaya Mari Mari.Rumah-rumah di sini dibina berdasarkan kebudayaan masayarakat suku etnik di Sabah. Boleh merasai sendiri suasana kehidupan masyarakat etknik suku Sabah. Mereka akan menunjukkan bagaimana menghasilkan api melalui buluh, demonstrasi tatoo, melihat cara hidup dan adat mereka.
7- SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM.
Tempat ini adalah tempat yang paling tinggi di Kota Kinabalu.Dari sini dapat melihat pemandangan bandar Kota Kinabalu. Dapat juga lihat pemandangan pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman dan pelbagai lagi. Di waktu petang dapat lihat pemandangan suasana matahari terbenam8- PASAR KRAFTANGAN & PASAR FILIPINO.
Pasar Karftangan Kota Kinabalu atau popular dengan nama Pasar Filipino. Di sini amat sesuai untuk beli oleh-oleh Sabah. Di sebelahnya ada pasar ikan masin dan pasar makan malam.Amat sesuai untuk beli cenderahati di sini, terlalu banyak pilihan. Harga pula boleh runding. Tawar menawar sampai puas hati dengan harganya.
Tempat ini terletak dekat dengan kawasan laut. Pemandangannya amat indah sekali.
9- KOTA KINABALU WETLAND CENTER.
Merupakan kawasan hutan bakau, Titian sepanjang 1.5km dibina bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung, dan juga binatang kecil. Terdapat lebih kuran 80 spesis burung.
HARGA TIKET MASUK :
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3
Dewasa: RM5
Kanak-kanak: RM3
10- MASJID TERAPUNG.
Tersergam indah di Teluk Likas, Masjid Bandaraya kota Kinabalu menarik perhatian ramai dengan keunikan seni binanya. Ini disebabkan masjid ini dibina di dalam kolam buatan manusia. Sekali gus memberi ilusi seolah-olah terapung kerana di kelilingi air. Lebih menarik ia terletak di kawasan persisir pantai dengan pemandangan laut Teluk Likas.11-MENARA TUN MUSTAPHA.
Menara ini adalah ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah, merupakan bangunan indah, menarik dan menakjubkan dari segi konsep. Menara 30 tingkat ini dibina daripada aluminium dan kaca adalah salah satu bangunan yang luar biasa di Sabah.Menara yang dibina ini tidak lepas dari kesangsian orang ramai akan keupayaannya. Konsepnya merupakan yang pertama dan belum dibuat di Borneo. Bangunan ini berstruktur poligon 72 penjuru dengan dinding yang diperbuat daripada 2160 panelkaca reflektif khas yang boleh menahan kelajuan angin sehingga 272 km sejam.
Nak jalan-jalan di Kota Kinabalu,
Hubungi Travel Agent, Khairul Naim untuk dapatkan harga terbaik mengikut bajet anda ;
No Hp : 017-6705129 (wasap/call)
FB : Khairul Naim Abdul Wahab
FB Pages : Mari Xplor Travel & Tours
IG : Mari Xplor
Comments
Post a Comment